LELAKI BAWAH 15TAHUN

KEJOHANAN BADMINTON MSSD KEMAMAN 2024

Não videogame
Por SK PUSAT, KEMAMAN
KOMPLEKS SUKAN RAKAN MUDA KEMAMAN
Regras
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN
1. Acara yang dipertandingan adalah kategori perseorangan (single) sahaja.
2. Pertandingan dijalankan secara “kalah keluar”
3. Kiraan mata permainan ialah (30) mata tanpa mata tambahan, (pusingan 1 hingga suku akhir) dan kiraan mata penuh (21) mata atau “Rally Point System (3 X 21)” mengikut peraturan BWF pada perlawanan separuh akhir hingga akhir.
4. Pemain dikehendaki berada di gelanggang setelah nama mereka dipanggil.
5. Pengadil boleh membatalkan penyertaan jika pemain lewat lebih dari 5 minit.
6. Pihak Jawatankuasa Pengelola TIDAK MENYEDIAKAN bulu tangkis. Bulu tangkis PERLU DISEDIAKAN oleh pihak sekolah. Sekolah boleh menggunakan bulu tangkis jenis “Ling Mei-Hijau (77)” atau yang setaraf dengannya (TOURNAMENT GRADE SHUTTLECOCKS).
7. Pemain hanya boleh menerima tunjuk ajar (Coaching) dari Jurulatih/Pengurus pasukan ketika rehat dan pertukaran gelanggang sahaja.
9. Segala bantahan akan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan.
10. Keputusan pengadil adalah muktamad.
11. Undian akan dijalankan oleh jawatan kuasa pengelola.
12. Pemilihan pemain ke peringkat MSSM Terengganu : JOHAN setiap kategori layak secara AUTOMATIK manakala pemain lain akan ditentukan oleh panel pemilihan MSSD yang akan menilai kelayakan pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
13. Jadual pertandingan akan dikeluarkan pada hari pertama kejohanan melalui sistem online. (Akan diedarkan melalui aplikasi Whatsapp kumpulan pengurus.)
14. Setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para pemain. Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang menyebabkan kelancaran perlawanan terganggu, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pasukan tersebut berpandukan kepada laporan pegawai perlawanan dan pengadil perlawanan.
15. Sebarang perubahan, pihak pengelola BERHAK memutuskannya.


YURAN PENYERTAAN

1. RM 10 / seorang x bilangan penyertaan
2. Yuran penyertaan MESTILAH DIJELASKAN sebelum perlawanan bermula. (Dijelaskan semasa semakan pendaftaran pada hari perlawanan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh PIBG Sekolah Pengelola pada hari tersebut)