E-Sport @ PTAR : Mobile Legend

-
Por PTAR UiTM
Online
Regras
1. Hanya penggunaan telefon pintar sahaja dibenarkan. ‘Emulators’, komputer riba mahupun komputer adalah tidak dibenarkan.
2. Pertukaran ‘Username’ dan ‘ML ID’ para peserta hendaklah dihantar kepada ahli jawatankuasa selewat-lewatnya sehari sebelum program ini dimulakan.
3. Tidak dibenarkan berkongsi ‘Lobby’ kepada peserta yang tidak berdaftar.
4. ‘Lobby Invite’ akan diberikan kepada para peserta 5 - 10 minit sebelum perlawanan.
5. Gagal untuk menghadirkan diri dalam perlawanan dalam masa yang telah ditetapkan akan disingkirkan (disqualified).
6. Para peserta hendaklah memuat turun versi terbaru (latest version) Mobile Legends sebelum perlawanan bermula untuk mengelak sebarang pertangguhan permainan.
7. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang aplikasi penggodaman (hacking) yang boleh memberikan kelebihan kepada kumpulan tersebut. Jika dijumpai, kumpulan tersebut akan disingkir (disqualified).
8. Para peserta adalah bertanggungjawab dengan sebarang masalah teknikal perkakasan (hardware) dan internet.