DKBB e-Sports Championships

DKBB e-Sports Championships

Urządzenie mobilne
Organizator: GenBijakESports
Online, Malaysia
Zasady
1.1 Pertandingan adalah terbuka untuk semua pelajar dalam daerah Kulim Bandar Baharu sahaja.

1.2 Pertandingan terbuka kepada pelajar dari peralihan sehingga tingkatan 6.

1.3 Setiap pemain dalam satu pasukan harus terdiri daripada murid dari SEKOLAH YANG SAMA.

1.4 Pendaftaran penyertaan harus dilakukan oleh guru sekolah berkenaan yang akan bertindak sebagai PENGURUS.

1.5 Penyertaan harus mendapatkan kebenaran daripada ibubapa@penjaga terlebih dahulu.

1.6 Setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar minimum 2 pasukan. Penyertaan lebih dari 2 Pasukan hanya akan diluluskan sekiranya terdapat kekosongan slot.

1.7 Setiap penyertaan pasukan harus menggunakan e-mail yang berbeza. Maksudnya: sekiranya sesebuah sekolah menghantar 2 pasukan maka pendaftaran harus menggunakan 2 e-mail yang berbeza tetapi boleh menggunakan pengurus yang sama.

1.8 Nama Team/ Pasukan harus menggunakan NAMA
SEKOLAH. Contoh: SMK Selama Team Exillusion.

1.9 Setiap pasukan harus mempunyai minimum 5 pemain atau maksimum 6 pemain sahaja. Sekiranya pasukan mempunyai 6 pemain maka seorang akan menjadi pemain simpanan.

1.10 Pasukan TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan pemain selain daripada yang telah didaftarkan.

1.11 Penggunaan BAHASA SOPAN diberi keutamaan. Sebarang penggunaan bahasa yang kurang baik akan menyebabkan pasukan akan disingkirkan dari pertandingan (walaupun telah memenangi sesuatu perlawaan).

1.12 Setiap pasukan bertanding harus memastikan peranti dan capaian internet berada dalam keadaan yang baik. Sebarang kesulitan sewaktu pertandingan adalah tanggungjawab pasukan masing-masing.

1.13 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan peranti handphone serta talian internet.

1.14 Sesebuah pasukan yang lewat 15 minit untuk memasuki room pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

1.15 Pihak penganjur berhak untuk menyingkirkan peserta sekiranya melanggar mana-mana syarat pertandingan. Keputusan Penganjur dan Marshal adalah muktamad.