MLBB UNDERGROUND LEAGUE

MOBILE LEGEND UNDERGROUND LEAGUE

Par iostream.h Gaming
Online
Règles
1 - Setiap pasukan yang bertanding di dalam Liga MUL akan menjadi pemegang taruh liga , dan perlu membayar yuran pemegang taruh sebanyak RM10.00 kepada penganjur.

2 - Pasukan yang menarik diri daripada liga akan kehilangan hak pemegang taruh serta ganjaran liga.

3 - Pasukan tidak hadirkan diri ketika perlawan sebanyak tiga kali dikira sebagai menarik diri daripada liga.

4 - Pasukan yang menang akan dihadiahkan tiga (3) mata pada setiap perlawanan.

5 - Pasukan yang kalah tidak diberi sebarang mata.

5.1 - Perlawanan yg melepasi 40 minit akan dikira seri, kedua-dua pasukan akan mendapat satu (1) mata utk liga.

6 - Lapan (8) pasukan berada di carta teratas liga MUL pada akhir liga akan mendapat tiket MUL Season Pass untuk terus berada di dalam liga musim hadapan.

7 - Di akhir Liga empat (4) pasukan yang terbawah akan bermain di secara playoff berformat best of one (1) untuk merebut dua (2) tiket MUL Season Pass, untuk terus kekal didalam liga.

8 - Dua (2) pasukan yang kalah pada Playoff Season pass, akan terkeluar daripada liga MUL dan akan bertanding semula pada Playoff MUL bersama pasukan diluar liga untuk merebut tempat di dalam Liga MUL.

9 - Sekiranya berlaku perkongsian mata pada akhir liga, kiraan KDA akan dikira, dan jika berlaku perkongsian mata dan KDA , pertandingan best of three (3) akan diadakan untuk menentukan tempat pasukan di dalam liga.

10 - Hanya 10 pasukan terawal sahaja akan bertanding di dalam liga MUL, baki 2 slot akan ditentukan pada perlawanan playoff MUL sehari sebelum liga bermula.