KEJOHANAN MLBB PESTA RAKAN MUDAMUDI PERAK 2024

Por JABATAN BELIA DAN SUKAN PERAK
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
Reglas
PERATURAN UMUM

Pentadbiran & Pengumuman

➢Sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh JAWATANKUASA untuk mengawal selia pertandingan mengikut syarat dan peraturan akan dipanggil “marshal” atau “pengadil” dalam perkara berikut,

Komitmen
➢Dengan menghadiri pertandingan ini peserta mengakui untuk mematuhi syarat dan peraturan, pengumuman rasmi dan kenyataan serta keputusan dibuat oleh pengadil.
➢Setiap peserta mengakui hak bagi pihak pentadbiran untuk menukar syarat dan peraturan bagi tujuan pelarasan pada bila-bila masa tanpa notis.

Peralatan ketika pertandingan
➢Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bertanding dalam keseluruhan pertandingan.
➢Aksesori tambahan seperti kabel USB, powerbank dan headphone/headset/earphone adalah dibenarkan untuk digunakan. Aksesori tidak disediakan urusetia dan perlu dibawa sendiri oleh peserta.
➢WiFi tidak disediakan. Setiap pasukan hendaklah menyediakan keperluan internet sendiri. Marshal tidak akan melayan permintaan pasukan yang tidak mempunyai internet dan data yang mencukupi.









Peraturan dan Sistem Permainan
1. Format Pertandingan
i. Urusetia Program akan membuat jadual dan shuffle menggunakan Toornament.
ii. Format yang digunakan adalah
– PRELIMINARY ROUND (ROUND ROBIN) (BO3)
- FINAL RROUND (DOUBLE ELIMINATION) (BO3)
iii. Pemain yang menarik diri atau tiba lewat 10 minit akan diisytiharkan sebagai kalah dan pemain lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
iv. Para pemain akan diberikan masa 5 minit sahaja untuk bersiap sedia sebelum permainan seterusnya dimulakan
v. Marshall akan memberi arahan untuk membuka room, dan akan menjemput kumpulan lawan ke dalam room.
vi. Setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain bagi SATU PASUKAN SAHAJA. Bagi mereka yang bermain lebih dari satu pasukan, kedua-dua pasukan akan disingkirkan serta-merta dan DIHALANG bertanding.

2. Sebelum Mula Perlawanan

i. Selepas mendaftar, tunggu marshal/pengadil untuk umumkan perlawanan dan waktu perlawanan tersebut.
ii. Ketua pasukan digalakkan memberi ID kepada ketua lawannya bagi memudahkan urusan membuka room. Ketua pasukan kemudian akan menjemput ahli pasukannya ke dalam room.

3. Semasa Perlawanan

i. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan perlawanan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.
ii. Semua pemain yang telah berdaftar dan dijadualkan untuk bermain mestilah berada dalam keadaan bersedia.
iii. Setiap ketua pasukan akan mencipta perlawanan (perlawanan diadakan dalam mod ‘CUSTOM (Draft Pick) dan menjemput Ketua pasukan / kapten lawannya masuk ke dalam lobi.
iv. Apabila kedua kapten pasukan dalam bilik (room) yang sama, setiap kapten teruskan untuk menjemput ahli pasukan mereka.
v. Apabila kedua pihak sudah dijemput dan bersedia, setelah memberi pengesahan, perlawanan akan dimulakan.


4. Selesai Perlawanan

i. Kapten pasukan perlu sediakan tangkapan skrin (screenshot) markah akhir kepada marshal/admin yang bertugas



5. Disiplin dan Tatatertib
i. Seseorang pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh dianggap sebagai tindakan yang disengajakan untuk mengganggu permainan. (sebarang kata-kata hinaan, lucah dengan membawa niat untuk mengganggu emosi pemain lawan)
ii. Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan kecuali dengan kebenaran pengadil/urusetia.
iii. Merokok semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan
iv. Nada dering telefon bimbit hendaklah ditukarkan kepada mod senyap/getar semasa pertandingan sedang berlangsung.

6. Bantahan

i. Sebarang bantahan sekiranya ada boleh dibuat kepada pegawai teknikal/pengadil yang bertugas tidak lewat 10 minit selepas tamat sesuatu perlawanan dan disertakan dengan bayaran bantahan sebanyak RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan tersebut berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan.

ii. Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.