1 vs 1 Mobile Legends Bang Bang - Supporter Event

Por AzriChess
Online, Online
Reglas
1. Pastikan nama yang didaftarkan sama dengan nama In-Game sekarang.
2. Semua pemain perlu Check-In dalam 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.
3. Kegagalan peserta untuk Check-In akan dianggap tidak hadir dan hilang kelayakan untuk bermain.
4. Pemain diberikan masa 3 minit untuk masuk ke dalam Lobby permainan.
5. Kegagalan peserta untuk berada di Lobby dalam 3 minit peserta itu akan dianggap tidak hadir dan hilang kelayakan untuk bermain. Secara automatik pihak lawan akan mara ke pusingan seterusnya.
6. Peserta akan bermain di dalam Custom Mode-Draft Pick.
7. Semua pemain perlu bermain di bahagian Mid-Lane sahaja.
8. Pemenang ditentukan berdasarkan First Blood, First Turret Destroy atau First 5,000 Gold.
9. Tempoh masa perlawanan selama 5 minit, jika kedua-dua peserta masih tidak memenuhi salah satu kriteria untuk menang yang disebut sebentar tadi, pemenang akan di tentukan jumlah Gold yang diperoleh sepanjang tempoh 5 minit.
10. Format pertandingan yang digunakan ialah format Kalah Mati.
11. Akaun yang digunakan semasa pendaftaran mestilah sama semasa pertandingan berlangsung.
12. 'Joki' akaun tidak dibenarkan.
13. Jika terdapat mana-mana peserta yang gagal untuk mematuhi mana-mana peraturan, peserta itu akan hilang kelayakan untuk menyertai.