YB DR FADHIL PUBGM KAMUNTING ESPORTS CUP

Por PUSAT KHIDMAT ADUN KAMUNTING
ONLINE
Reglas
PERATURAN UMUM Pentadbiran & Pengumuman
➢ Sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh JAWATANKUASA untuk mengawal selia

pertandingan mengikut syarat dan peraturan akan dipanggil “marshal” atau “pengadil”

dalam perkara berikut,

Komitmen

➢ Dengan menghadiri pertandingan ini peserta mengakui untuk mematuhi syarat dan peraturan, pengumuman rasmi dan kenyataan serta keputusan dibuat oleh pengadil.
➢ Setiap peserta mengakui hak bagi pihak pentadbiran untuk menukar syarat dan peraturan bagi tujuan pelarasan pada bila-bila masa tanpa notis.
Peralatan ketika pertandingan

➢ Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bertanding dalam keseluruhan pertandingan.
➢ Peranti-peranti lain seperti tablet dan ipad tidak dibenarkan.

➢ Alatan bantuan seperti trigger adalah dilarang sama sekali digunakan.

➢ Aksesori tambahan seperti kabel USB, powerbank dan headphone/headset/earphone adalah dibenarkan untuk digunakan. Aksesori tidak disediakan urusetia dan perlu dibawa sendiri oleh peserta.
➢ WiFi tidak disediakan. Setiap pasukan hendaklah menyediakan keperluan internet

sendiri. Marshal tidak akan melayan permintaan pasukan yang tidak mempunyai internet dan data yang mencukupi.
Peraturan dan Sistem Permainan


1. Format Pertandingan

i. Urusetia Program akan membuat jadual dan shuffle menggunakan Toornament.

ii. Format yang digunakan adalah:

PRELIMINARY ROUND
16 SQUAD/ GROUP (TOP 6 ADVANCE)
4 MAP (ERANGEL, VIKENDI, MIRAMAR, SANHOK)

FINAL ROUND
18 SQUAD/GROUP
4 MAP (ERANGEL, VIKENDI, MIRAMAR, SANHOK)


iii. Pemain yang menarik diri atau tiba lewat 10 minit akan diisytiharkan DISQUALIFIED (DQ).
iv. Para pemain akan diberikan masa 5 minit sahaja untuk bersiap sedia sebelum permainan seterusnya dimulakan
v. Setiap kumpulan terdiri daripada 4orang pemain.
vi. Setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain bagi SATU PASUKAN SAHAJA.

Bagi mereka yang bermain lebih dari satu pasukan, kedua-dua pasukan akan disingkirkan serta-merta dan DIHALANG bertanding.
2. Sebelum Mula Perlawanan

i. Selepas mendaftar, tunggu marshal/pengadil untuk umumkan perlawanan dan waktu perlawanan tersebut.
ii. Ketua pasukan digalakkan memberi tumpuan penuh pada arahan marshall.
3. Semasa Perlawanan

i. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan perlawanan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.
ii. Semua pemain yang telah berdaftar dan dijadualkan untuk bermain mestilah berada awal di tempat pertandingan yang diadakan.
.
4. Selesai Perlawanan

i. Kapten pasukan perlu sediakan tangkapan skrin (screenshot) markah akhir kepada marshal/admin yang bertugas (tiada markah sekiranya tidak menghantar tangkapan skrin)

5. Disiplin dan Tatatertib

i. Seseorang pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh dianggap sebagai tindakan yang disengajakan untuk mengganggu permainan. (sebarang kata-kata hinaan, lucah dengan membawa niat untuk mengganggu emosi pemain lawan)
ii. Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan kecuali dengan kebenaran pengadil/urusetia.
iii. Nada dering telefon bimbit hendaklah ditukarkan kepada mod senyap/getar semasa pertandingan sedang berlangsung.

6. Bantahan

i. Sebarang bantahan sekiranya ada boleh dibuat kepada pegawai teknikal/pengadil yang bertugas tidak lewat 10 minit selepas tamat sesuatu perlawanan dan disertakan dengan bayaran bantahan sebanyak RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan tersebut berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan.
ii. Sebarang keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah MUKTAMAD.