PBU Student E-Sport Campus Challenge 2021

Por USKK & HEP Politeknik Balik Pulau
Online, PBU
Reglas
• Game hanya boleh dimain menggunakan telefon bimbit, DILARANG MENGGUNAKAN pad, keyboard, mouse atau emulator.
• Pastikan semua peserta telah download map sebelum pertandingan bermula serta pastikan aplikasi PUBG Mobile anda adalah versi yang terkini.
• Setiap squad memerlukan nama kumpulan dan 4 orang pemain.
• Sesiapa yang didapati melanggar peraturan, menipu, hacking atau segala kelakuan untuk mendapatkan kelebihan akan disingkirkan.
• Penggantian pemain berdaftar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Mana-mana squad yang didapati menggantikan pemain akan disingkirkan dari pertandingan.
• Squad mesti berdaftar (check in) 15 minit sebelum game bermula.
• Setiap squad mesti membuat persediaan pada masa yang telah ditetapkan. Panganjur hanya akan memberikan maksima 5 minit tambahan kepada semua pemain untuk berada di lokasi pertandingan.
• Selepas 5 minit, game akan bermula dan squad yang belum bersedia (kekurangan pemain) akan terlepas dari round tersebut.
• Sekiranya berlaku masalah line (high ping, high packet loss, laggy, etc), pertandingan akan berjalan seperti biasa. Line internet adalah atas tanggungjawab sendiri.
• Setelah berdaftar sebagai peserta, adalah dianggap peserta telah baca, faham, dan setuju dengan segala peraturan dan format pertandingan.
• Segala keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

PERATURAN TIEBREAKER!



Penafian:
• Penyertaan adalah atas tanggungjawab sendiri sepenuhnya. PESERTA mesti mengikut segala peraturan pertandingan, mengambil langkah berjaga-jaga, dan jaga diri sendiri. PENGANJUR tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian/kerosakan yang berkaitan dengan pertandingan secara langsung atau tidak langsung.
• Setiap penyertaan adalah kontrak peserta untuk mematuhi segala peraturan dan format pertandingan, atau PENGANJUR berhak untuk membatalkan kelayakan pemain atau pasukan dari pertandingan.
• PENGANJUR berhak untuk mengubah peraturan dan format pertandingan tanpa notis.
• Semua PESERTA mesti patuh kepada arahan daripada PENGANJUR.

*PESERTA merujuk kepada pemain yang telah mendaftar sertai pertandingan.