MLBB Merdeka Tournament by MES

MLBB Merdeka Tournament by MES

-
By MANIAC ESPORT
Rules
‼️ *PERATURAN PERMAINAN* ‼️

1.0 *UNDANG-UNDANG PERMAINAN*

πŸ“Œ Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola *MANIAC ESPORT OFFICIAL*.

πŸ“Œ Pertandingan akan dijalankan secara atas talian (online).

2.0 *KELAYAKAN PEMAIN*

πŸ“Œ Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas sahaja.

πŸ“Œ Permain yang pernah menyertai MPL *TIDAK DIBENARKAN* untuk menyertai pertandingan.


3.0 *PENDAFTARAN*

πŸ“Œ Acara yang dipertandingkan adalah berpasukan.

πŸ“Œ Setiap pasukan perlu mendaftar 5 orang peserta termasuk seorang pemain simpanan.

 Semua pasukan diwajibkan untuk membayar yuran penyertaan. Yuran tidak akan dipulangkan sekiranya pasukan menarik diri dari pertandingan

πŸ“Œ Pembayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah ditetapkan

πŸ“Œ Bukti transaksi hendaklah diberi kepada penganjur (screenshot resit).

4.0 *GAME SETTING*

πŸ“Œ Custom mode: Draft pick

πŸ“Œ Tiada had account level


5.0 *PERATURAN PERTANDINGAN*

πŸ“Œ Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang ahli dan seorang simpanan. Setiap ahli perlu didaftarkan oleh Leader sahaja. Setiap pasukan dilarang membawa spectator semasa bertanding kecuali pihak-pihak yang berkuasa

πŸ“Œ Setiap pasukan dibenarkan restart game semula dengan syarat pasukan lawannya
bersetuju juga. Tindakan ini mestilah diberitahu kepada admin.

πŸ“Œ Setiap pasukan dikehendaki menepati waktu perlawanan yang telah ditetapkan.
Pasukan yang didapati 10 minit lewat akan dikira kalah serta-merta. Perlawanan antara
pasukan dibenarkan melanjak waktu perlawanannya dengan syarat kedua-dua pasukan
tersebut haruslah bersetuju dan had jangka masa untuk melewatkan perlawanan hanya
10 minit sahaja. Lanjakan waktu perlawanan ini mestilah diberitahu kepada admin.

πŸ“Œ Setiap pasukan hendaklah memastikan kestabilan internet masing-masing, dan juga bateri yang mencukupi. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk meminta berhenti sementara (Pause) sekali sahaja untuk setiap game dan maksimum had limit adalah selama 2 minit sahaja.

πŸ“Œ Setiap pasukan hendaklah menjaga adab dan tatasusila semasa bermain. Penggunaan
kata-kata kasar atau menghina pihak lawan adalah dilarang. Mana-mana pasukan yang
didapati melanggar peraturan ini akan terus diberhentikan daripada terus bertanding.
Namun demikian, penggunaan EMOTE dibenarkan dalam permainan

6.0 *PERATURAN PERTANDINGAN*

πŸ“Œ Ketua pasukan akan mencipta permainan Custom mode; Draft pick, dan meminta ketua pasukan lawan masuk.

πŸ“Œ Selepas kedua-dua ketua pasukan menyertai ruang permainan, setiap ketua harus memanggil ahli masing-masing untuk turut serta.

πŸ“Œ Setelah kedua-dua pihak mengenalpasti identiti masing- masing, pertandingan akan dimulakan.

7.0 *PERKARA YANG DILARANG*

πŸ“Œ Dilarang menghina/mengganggu pihak lawan melalui voice chat / chat perkataan yang keji. Jika berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.

πŸ“Œ Dilarang menggunakan alat pihak ketiga/hack semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.


8.0 *HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN*

πŸ“Œ Peraturan-peraturan diatas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan tertentu.

πŸ“Œ Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.