AMEC MLBB TOURNAMENT JULY 2021

Rules
PERATURAN AMEC MLBB E-SPORT TOURNAMENT


1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola AMEC Academy.

 Pertandingan akan dijalankan secara atas talian (online)

2.0 KELAYAKAN PEMAIN

 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas sahaja.


3.0 PENDAFTARAN

 Acara yang dipertandingkan adalah berpasukan.

 Setiap pasukan perlu mendaftar 5 orang peserta termasuk seorang pemain simpanan.

 Semua peserta diwajibkan untuk membayar yuran penyertaan. Yuran tidak akan dipulangkan sekiranya pasukan menarik diri dari pertandingan

 Pembayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank AMEC Academy Sdn Bhd.

 Bukti transaksi hendaklah diberi kepada penganjur (screenshot resit).


4.0 GAME SETTING

 Custom mode: Draft pick

 Tiada had account level


5.0 PERATURAN PERTANDINGAN

 Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang ahli dan seorang simpanan. Setiap ahli perlu didaftarkan oleh Leader sahaja. Setiap pasukan dilarang membawa spectator semasa bertanding kecuali pihak-pihak yang berkuasa

 Setiap pasukan dibenarkan restart game semula dengan syarat pasukan lawannya
bersetuju juga. Tindakan ini mestilah diberitahu kepada admin.

 Setiap pasukan dikehendaki menepati waktu perlawanan yang telah ditetapkan.
Pasukan yang didapati 10 minit lewat akan dikira kalah serta-merta. Perlawanan antara
pasukan dibenarkan melanjak waktu perlawanannya dengan syarat kedua-dua pasukan
tersebut haruslah bersetuju dan had jangka masa untuk melewatkan perlawanan hanya
10 minit sahaja. Lanjakan waktu perlawanan ini mestilah diberitahu kepada admin.

 Setiap pasukan hendaklah memastikan kestabilan internet masing-masing, dan juga bateri yang mencukupi. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk meminta berhenti sementara (Pause) sekali sahaja untuk setiap game dan maksimum had limit adalah selama 2 minit sahaja.

 Setiap pasukan hendaklah menjaga adab dan tatasusila semasa bermain. Penggunaan
kata-kata kasar atau menghina pihak lawan adalah dilarang. Mana-mana pasukan yang
didapati melanggar peraturan ini akan terus diberhentikan daripada terus bertanding.
Namun demikian, penggunaan EMOTE dibenarkan dalam permainan

6.0 PERATURAN PERTANDINGAN (SEBELUM PERLAWANAN)

 Ketua pasukan akan mencipta permainan Custom mode; Draft pick, dan meminta ketua pasukan lawan masuk.

 Selepas kedua-dua ketua pasukan menyertai ruang permainan, setiap ketua harus memanggil ahli masing-masing untuk turut serta.

 Setelah kedua-dua pihak mengenalpasti identiti masing- masing, pertandingan akan dimulakan.

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN (SELEPAS PERLAWANAN)

 Selepas permainan habis, Leader team kepada kedua dua pasukan perlu menghantar keputusan perlawanan (screenshot) kepada krew yang bertugas.

 Untuk menghadiri match seterusnya, pasukan perlulah swap side setelah habis perlawanan.


8.0 PERKARA YANG DILARANG

 Dilarang menghina/mengganggu pihak lawan melalui voice chat / chat perkataan yang keji. Jika berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.

 Dilarang menggunakan alat pihak ketiga/hack semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.


9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

 Peraturan-peraturan diatas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan tertentu.

 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.