MCMC E-Sports Carnival (MLBB)

MCMC E-Sports Carnival 2021 (MLBB)

Urządzenie mobilne
Organizator: GenBijakESports
Online, Malaysia
Zasady
1.Setiap pertandingan E-Games akan berlangsung pada hari yang berasingan. Pertandingan E-Games yang akan diadakan ialah:

i.Mobile Legend – 6 November 2021, Sabtu;
ii.PUBG Mobile – 13 November 2021, Sabtu; dan
iii.FIFA – 20 November 2021, Sabtu.

2.Pendaftaran untuk ketiga-tiga E-Games akan dibuka pada 18 Oktober 2021 dan akan ditutup pada 31 Oktober 2021. Hanya 32 pasukan Mobile Legend/PUBG Mobile dan 32 peserta solo FIFA terawal yang mendaftar dan mematuhi kriteria, layak penyertai pertandingan.

3.Bagi pertandingan FIFA penyertaan dibuka kepada staff dan juga ahli keluarga staff. Staff boleh mendaftar bagi pihak ahli keluarga yang berminat untuk menyertai pertandingan FIFA.

4.Kriteria bagi setiap pasukan hendaklah mematuhi syarat berikut:
i.Wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang peserta remaja/kanak-kanak di bawah umur 17 tahun;
ii.Wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang staff MCMC;
iii.Ahli pasukan lain boleh terdiri daripada mana-mana ahli keluarga atau staff MCMC yang lain.

5.Pemain di bawah umur 17 tahun atau pemain yang bukan staff MCMC boleh terdiri daripada mana-mana ahli keluarga staff MCMC seperti berikut:
i.Anak
ii.adik-beradik/adik beradik ipar
iii.cucu
iv.anak saudara
v.sepupu

6.Semua pemain di bawah umur 17 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripada penjaga untuk menyertai pertandingan.


7.Seorang ketua/pengurus pasukan hendaklah menjadi wakil dan mendaftarkan pasukan masing-masing melalui pautan link yang disediakan. Ketua/Pengurus hendaklah seorang staff MCMC.
i.Mobile Legend – 6 pemain termasuk simpanan
ii.PUBG Mobile – 5 pemain termasuk simpanan

8.Seorang peserta boleh menyertai lebih dari satu pertandingan E-Games tetapi tidak boleh menyertai lebih dari satu pasukan dalam E-Games yang sama. Setiap peserta hanya layak menerima 1 medal dan 1 t-shirt sub program E-Games.

9.Setiap pengurus pasukan akan dimasukkan ke dalam group telegram khas untuk tujuan penyebaran maklumat berkenaan pertandingan secara berperingkat selepas pendaftaran ditutup.

10.Setiap peserta perlu menggunakan personal IGN dan game ID

11.Bagi Pertandingan Mobile Legend dan PUBG Mobile peserta hanya perlu mempunyai telefon pintar dan capaian internet untuk bermain. Manakala bagi pertandingan FIFA 21
keperluan pemain adalah PS 4 & Fifa21

12.Semua peserta tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sebarang penyalahgunaan akan menyebabkan pasukan hilang kelayakan untuk meneruskan pertandingan.

13.Pertandingan akan bersiaran secara langsung dan akan dipamerkan di social media MCMC dan social media pihak pengelola pertandingan.

14.Setiap pasukan harus mempunyai minimum 5 pemain atau maksimum 6 pemain sahaja. Sekiranya pasukan mempunyai 6 pemain maka seorang akan menjadi pemain simpanan.

15. Pasukan TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan pemain selain daripada yang telah didaftarkan.

16. Penggunaan BAHASA SOPAN diberi keutamaan. Sebarang penggunaan bahasa yang kurang baik akan menyebabkan pasukan akan disingkirkan dari pertandingan (walaupun telah memenangi sesuatu perlawanan).

17.Setiap pasukan bertanding harus memastikan peranti dan capaian internet berada dalam keadaan yang baik. Sebarang kesulitan sewaktu pertandingan adalah tanggungjawab pasukan masing-masing.

1.13 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan peranti handphone serta talian internet.

18.Sesebuah pasukan yang lewat 15 minit untuk memasuki room pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

19. Pihak penganjur berhak untuk menyingkirkan peserta sekiranya melanggar mana-mana syarat pertandingan. Keputusan Penganjur dan Marshal adalah muktamad.

20.Ayuh bersama menjayakan program #MEC2021 ini dan semoga ukhwah dapat kita kukuhkan menerusi #MEC2021