MLBB Eclipse Open Tournament

Mobile Legends Eclipse Open Malaysia

-
By Eclipse Shuq
Online
Rules
=====Peraturan Pasukan=====
1. Satu pasukan hanya dibenarkan mempunyai 5 Pemain (Wajib), 2 Pemain (Simpanan).

2. Pemain yang dibenarkan bermain adalah yang berdaftar sahaja. TIDAK boleh mengambil pemain dari luar.

3. KETUA Pasukan wajib memasuki dalam Whatsapp Group Tournament untuk mendapat informasi terkini.

4. NAMA Pasukan yang lucah/menghina tidak akan diterima oleh penganjur.

5. Pertandingan ini terbuka kepada Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.


=====Stream Perlawanan=====
1. Pasukan tidak dibenarkan ‘stream snipe’ semasa perlawanan.

2. Pasukan yang didapati menyalah guna stream pertandingan akan disingkirkan serta merta dan sebarang hadiah yang diperolehi tidak akan ditunaikan.


=====Kelakuan Pemain=====
1. Seperti yang dijelaskan di atas, pemain/pasukan perlu bertanggung jawab ke atas perlakuan masing - masing.

2. Setiap pemain mestilah MEMATUHI MASA dan JADUAL yang ditetapkan dan bukan masa yang bersesuaian untuk kedua team (melainkan telah mendapat kebenaran admin).

3. Pemain dilarang menggunakan pengaruh di luar permainan untuk menukar keputusan.

4. Pasukan dinasihatkan untuk merendah diri dan bersopan semasa berinteraksi antara satu sama lain untuk memastikan pertandingan berjalan dengan lancar.

5. Mana - mana pasukan yang melanggar arahan boleh disingkirkan serta merta.

6. Jika terdapat mana-mana pemain yang menggunakan third party client (hacking client), pemain/pasukan itu akan DISINGKIRKAN serta merta.


=====Peraturan Permainan=====
1. Mod = Draft Pick (3 Ban)

2. Group Stage hanya Best of 1 manakala Playoffs Best of 3 dan Best of 5 (Final).

3. Hanya Official Referee,Livestreamer,Caster yang boleh spectate mana-mana permainan.

4. Sekiranya pemain disconnected, Pasukan boleh meminta pause sebanyak SEKALI (Group Stage) ,
DUA KALI (Playoffs) untuk setiap match.

5. Apabila mahu untuk meneruskan perlawanan, mesej admin di whatsapp dan game akan diteruskan 10 saat selepas mendapat mesej tersebut.

6. Tempoh masa had untuk pause adalah 1 minit 30 saat jika tiada response daripada team yang meminta pause.

7. Sekiranya server (moonton) crash, perlawanan akan diambil kira dengan Net Worth (gold) jika perbezaan dua pasukan melebihi formula = [600 x minit game]. Jika tidak melepasi formula maka perlawanan akan dimain semula.

8. Jika tersalah pick, perlawanan masih berterusan.

====================================
JIKA MANA-MANA PASUKAN TIDAK MENGIKUTI PERATURAN, PASUKAN/PEMAIN BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SERTA MERTA.